Seminar Syurga dan Neraka

seminar neraka
PengenalanIsi Kandungan dan Tentatif SeminarBiografi PembentangLokasi ProgramPenajaanPendaftaran

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita telah selesai mengadakan Seminar Syurga dan Neraka Siri 1 pada 11 November yang lalu.

Kita telah memahami tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan syurga. Semoga pengetahuan itu memotivasi kita untuk melakukan kebaikan!

Kini, kita menyambung pengembaraan ilmu kita untuk mengetahui pula apakah itu NERAKA! Semoga dengan pengetahuan tentang apakah itu neraka ia membuatkan kita semakin menjauh daripadanya!

Berikut adalah detil Seminar Syurga & Neraka (Siri 2-Neraka)

Pembentang: Ustaz Fadzil Kamaruddin, Dr. Abdul Basit

Tarikh:

Ahad 14 Januari 2018

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi: Kuala Lumpur

Yuran:

RM 60 pelajar / RM 80 awam

RM 50 pelajar / RM 70 awam (Alumni Seminar Syurga & Neraka Siri 1-Syurga)

No. Telefon: 011 5680 5645

seminar neraka

SEMINAR SYURGA NERAKA (Siri 2 : Neraka)
1- Penjaga-penjaga neraka

2- Lokasi neraka

3- Kedalaman neraka

4- Pintu-pintu neraka

5- Kepanasan dan azab api neraka

6- Adakah api neraka boleh bercakap dan melihat?

7- Adakah ada manusia yang pernah melihat neraka?

8- Bagaimana kepanasan neraka memberikan kesan kepada dunia dan penghuninya sekarang?

9- Siapakah penghuni neraka?

10- Amal-amal yang membawa ke neraka

 

11- Manusia-manusia yang dijanjikan neraka

12- Adakah jin juga akan masuk neraka?

13- Siapakah yang tidak akan kekal dalam neraka?

14- Jumlah manusia dalam neraka

15- Benarkah majoriti penghuni neraka adalah wanita?

16- Saiz penghuni neraka

17- Makanan, minuman dan pakaian ahli neraka

18- Bagaimana mahu selamat daripada api neraka

19- Siapakah yang akan kekal dalam neraka?

20- Siapakah yang akan duduk sementara di neraka?

21- Bagaimana mahu selamat daripada neraka?


Ahad 14 Januari 2018

08:15 pagi           : Pendaftaran

09.00 pagi           : Slot 1- Ustaz Fadzil Kamaruddin

10.30 pagi           : Rehat

10.50 pagi           : Slot 2- Ustaz Fadzil Kamaruddin

01.00 tengahari : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zuhur

02.00 petang      : Slot 3- Dr. Abdul Basit

04.15 petang      : Bersurai

 

4

 

Ustaz Fadzil Kamaruddin merupakan pengasas Tahfiz al-Quran Al-Wildan di Gombak. Beliau mendapat pendidikan di Pakistan dan Universiti Islam Madinah.

Kini beliau merupakan pendakwah bebas yang aktif mengajar di surau, masjid dan pejabat-pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara topik-topik yang sering beliau bentangkan ialah tafsir al-Quran, al-Hadis, aqidah dan akhlak.

 

 

 

Dr Basit PNG

Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Beliau dikenali dengan kunyahnya Abu Anas Madani.

Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Dr. Abdul Basit memperolehi ijazah sarjana muda, sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan anak Malaysia ketiga yang berjaya memperolehi PhD daripada universiti terulung tersebut.

Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar. Beliau juga sering muncul dalam rancangan agama di kaca televisyen.

Sekarang beliau merupakan penyelia di Pondok Sungai Durian dan pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Kelantan.

Akan dimaklumkan. Insya-Allah, di sekitar Kuala Lumpur

Untuk memastikan agar majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Al-Kahfi dapat dihadiri oleh segenap masyarakat, maka Al-Kahfi berusaha agar yuran yang dikenakan mu dibayar oleh peserta. Antara langkah yang diambil ialah Al-Kahfi membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menaja seminar ini.

Antara bentuk tajaan yang boleh dilakukan ialah:

Penajaan daripada sudut pengurusan

– Sewa dewan

– Catering

– Cetakan bahan bertulis

Biasiswa

– Ia akan diberikan kepada mereka yang bersemangan untuk menghadiri majlis ilmu tetapi kurang berkemuan

Bagaimana mahu menaja seminar ini?

– Penaja boleh menghubungi nombor 011-5680 5645 atau emel kepada alkahfi@alkahfi.com.my
– Penaja boleh menyalurkan wang infaq tersebut ke dalam akaun Al Kahfi Services CIMB Islamic 8600 5386 94
– Maklumkan jumlah dana yang diinfaqkan.
Pihak Al-Kahfi akan menggunakan tajaan tersebut untuk tujuan yang disebutkan

Jazakallahu khair untuk sumbangan yang diberikan!