Takutnya Mereka Kepada Sifat Munafiq

nifaq (1)

Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata:

وبحسب إيمان العبد ومعرفته يكون خوفه أن يكون من أهل هذه الطبقة ، ولهذا اشتد خوف سادة الأمة وسابقيها على أنفسهم أن يكونوا منهم ،

Tahap keimanan dan ilmu seseorang hamba akan menentukan ketakutannya daripada termasuk dalam golongan ini (iaitu golongan munafiq)

فكان عمر يقول لحذيفة : ناشدتك الله هل سماني رسول الله مع القوم ؟ فيقول : لا ، ولا أزكي بعدك أحداً ، يعني : لا أفتح عليّ هذا الباب في تزكية الناس ، وليس معناه أنه لم يَبرأ من النفاق غيرك .

” طريق الهجرتين ” ( ص 604 (

‘Umar radiallahu ‘anhu pernah berkata kepada Huzaifah radiallahu ‘anhu: Aku memohon kepada mu dengan nama Allah, adakah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan nama aku bersama kaum (munafiq)? Huzaifah menjawab: Tidak, dan aku tidak akan lagi memuji sesiapa pun selepas engkau. Maksudnya: Aku tidak akan membuka lagi pintu untuk memuji manusia (bahawa mereka bukan daripada kalangan munafiq). Ini tidaklah bermakna orang-orang selain ‘Umar radiallahu ‘anhu termasuk orang-orang munafiq. (Thoriq al-Hijratain m/s 604)

1. قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ : أَدْرَكْتُ ثَلَاثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ .

Ibnu Abi Mulaikah rahimahullah berkata: Aku bertemu tiga puluh orang sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka semua takutkan kemunafiqan menimpa diri mereka. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berkata keimanan mereka setaraf dengan iman Jibril dan Mikail.

قال الحافظ ابن حجر – رحمه الله – :

والصحابة الذين أدركهم ابن أبي مليكة من أجلِّهم : عائشة ، وأختها أسماء ، وأم سلمة ، والعبادلة الأربعة ، وأبو هريرة ، وعقبة بن الحارث ، والمسور بن مخرمة , فهؤلاء ممن سمع منهم , وقد أدرك بالسن جماعة أجل من هؤلاء : كعلي بن أبي طالب ، وسعد بن أبي وقاص ,

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

Sahabat-sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in yang ditemui oleh Ibn Abi Mulaikah adalah ‘Aisyah, saudara perempuan ‘Aisyah iaitu Asma’, Ummu Salamah, dan empat orang ‘Abdullah iaitu Abu Hurairah, ‘Uqbah bin Al-Harits, Al-Miswar bin Makhramah radiallahu ‘anhum ajma’in. Semua ini adalah sahabat-sahabat yang Ibnu Abi Mulaikah mendengar (hadis) daripada mereka. Beliau jua bertemu dengan sahabat-sahabat besar yang lain seperti ‘Ali bin Abi Talib, dan Sa’ad bin Abi Waqas radiallahu ‘anhuma.

وقد جزم بأنهم كانوا يخافون النفاق في الأعمال , ولم ينقل عن غيرهم خلاف ذلك فكأنه إجماع ؛ وذلك لأن المؤمن قد يعرض عليه في عمله ما يشوبه مما يخالف الإخلاص ، ولا يلزم من خوفهم من ذلك وقوعه منهم , بل ذلك على سبيل المبالغة منهم في الورع والتقوى رضي الله عنهم .

” فتح الباري ” لابن حجر ( 1 / 110 ، 111 ) .

Ibn Abi Mulaikah menegaskan bahawa mereka semua ini sangat takut kepada kemunafiqan dalam amal-amal mereka, dan tidak pernah direkodkan daripada sahabat-sahabat lain yang menyanggahi hal ini. Ia seolah-olah satu Ijma’. Ini kerana seorang yang beriman boleh jadi amal-amal kebaikannya dicemari oleh sifat tidak ikhlas. Seseorang yang takut daripada terjatuh ke dalam kemunafiqan, tidaklah bermaksud dia itu pasti seorang munafiq. Bahkan ini menunjukkan ketinggian sifat wara’ dan taqwa para sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in. [Fathul Bari.]

2. قال الحافظ ابن رجب الحنبلي – رحمه الله – :

وقال الجعد أبو عثمان : قلت لأبي رجاء العطاردي : هل أدركت من أدركت من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يخشون النفاق ؟ قال : نعم ، إني أدركت بحمد الله منهم صدراً حسناً ، نعم ، شديداً ، نعم ، شديداً ، وكان قد أدرك عمر .

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata:

Al-Ja’d Abu Uthman berkata: Aku pernah bertanya kepada Abu Raja’ al-‘Athoridi: Adakah engkau pernah menemui sahabat-sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang aku jua pernah temui, yang mana mereka itu takut kepada sifat munafiq? Abu Raja’ menjawab: Benar, Alhamdulillah. Sesungguhnay aku telah menemui mereka. Mereka benar-benar takut (kepada sifat munafiq). Aku pernah bertemu dengan ‘Umar radiallahu ‘anhu.

3. وقال – رحمه الله – :

وممن كان يتعوذ من النفاق من الصحابة : حذيفة ، وأبو الدرداء ، وأبو أيوب الأنصاري ، وأما التابعون : فكثير ،

Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata lagi: Di antara sahabat-sahabat yang memohon perlindungan daripada terkena sifat munafiq ialah: Huzaifah, Abu Ad-Darda’ dan Abu Ayyub al-Ansari radiallahu ‘anhum ajma’in. Adapun di kalangan tabi’in sangatlah ramai.

قال ابن سيرين : ما علي شيء أخوف من هذه الآية ( وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ) البقرة/ 8 ، وقال أيوب : كل آية في القرآن فيها ذكر النفاق أخافها على نفسي ، وقال معاوية بن قرة : كان عمر يخشاه وآمنه أنا ؟ ، وكلام الحسن في هذا المعنى كثير جدّاً ، وكذلك كلام أئمة الإسلام بعدهم .

Ibn Sirin berkata: Tidak ada apa yang lebih aku takuti daripada ayat ini: ((Daripada kalangan manusia terdapat segelintir yang berkata kami beriman dengan Allah dan hari akhirat (hakikatnya) mereka tidak beriman al-Baqarah : 8)).  Ayyub berkata: Setiap ayat al-Quran yang membicarakan soal munafiq sangat aku takuti ditujukan ke atas diri ku. Muawiah bin Qurrah berkata: Sedangkan ‘Umar radiallahu ‘anhu pun takut kepada (sifat nifaq), adakah patut aku rasa selamat daripada sifat itu? Terdapat banyak perkataan Al-Hassan dan begitu juga ulama-ulama’ Islam selepas mereka.

وقال الإمام أحمد – في رواية ابن هانيء وسئل : ما تقول فيمن لا يخاف النفاق على نفسه ؟ ، – فقال : ومن يأمن على نفسه النفاق ؟ .

Dalam satu riwayat Ibn Hani’, Imam Ahmad rahimahullah disoal: Apakah pendapat engkau tentang orang yang tidak takut sifat nifaq akan menimpa dirinya? Imam Ahmad menjawab: Siapa yang mampu berasa selamat daripada sifat nifaq?

” فتح الباري ” لابن رجب ( 1 / 178 ، 179 ) .

Sumber asal:

http://islamqa.com/ar/ref/98351

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *