Terlepas Sujud Tilawah

Imam Sujud Tilawah, Makmum Muslimah Ruku’

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Sering berlaku dalam solat jemaah, khususnya di masjid yang mempunyai tabir sehingga Muslimah tidak dapat melihat pergerakan imam. Mereka hanya berpandukan suara imam sahaja. Apabila imam sujud tilawah, makmum Muslimah ruku’, dan hanya menyedari mereka tersilap, selepas mendengar imam melaungkan takbir dan menyambung bacaan surah.

Apa yang perlu jemaah Muslimah ini lakukan?

Jawapan:

Ringkasnya. Apabila makmum tersebut tersilap, dan hanya menyedari kesilapannya selepas menyedari imam bangun kembali. Maka makmum hendaklah bangun kembali berdiri dan mendengar imam membaca surah. Solat makmum tersebut sah Insya-Allah.

Di bawah merupakan fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah:

“إذا سجد الإمام للتلاوة فظن المأموم أنه ركع ثم ركع بناء على أن الإمام قد ركع ، فلا يخلو من حالين :

Apabila imam melakukan sujud tilawah, sedangkan makmum pula menyangka imam ruku’, lalu dia pun ruku’ kerana menyangka bahawa imam sedang ruku’, hal ini tidak terlepas daripada dua keadaan:

إحداهما : أن يعلم بأن الإمام ساجد وهو راكع ، ففي هذه الحالة يجب عليه أن يسجد اتباعاً لإمامه .

Pertama: Dia mengetahui bahawa imam sedang sujud ketika si makmum ini dalam keadaan ruku’. Untuk hal ini, wajib makmum ini untuk sujud mengikut imam.

الحال الثانية : أن لا يشعر أن الإمام ساجد إلا بعد أن يقوم من السجدة ، وحينئذ نقول للمأموم الذي ركع: ارفع الآن وتابع الإمام واركع مع إمامك واستمر ، وسجود التلاوة سقط عنك حينئذ ، لأن سجود التلاوة ليس ركناً في الصلاة حتى يحتاج أن تأتي به بعد إمامك ، وإنما يجب عليك متابعة للإمام . والمتابعة هنا قد فاتت ، فهي سنة قد فات محلها ، وتستمر في صلاتك” انتهى .

Kedua: Dia tidak menyedari bahawa imam telah sujud melainkan selepas imam bangun daripada sujud. Untuk hal ini, kami berkata kepada makmum yang ruku’ (ketika imam sujud tadi): Bangkitlah daripada ruku’ sekarang, dan ikutlah imam, dan ruku’lah bersama imam sehingga selesai. Sujud tilawah dalam kes ini telah luput daripada kalian. Ini kerana sujud tilawah bukanlah rukun dalam solat sehingga perlu untuk melakukannya selepas imam selesai melakukannya. Sesungguhnya wajib untuk engkau mengikuti imam. Mengikuti imam (dalam bab sujud tilawah ini) sudah terlepas daripada engkau, ia merupakan sunnah yang sudah berlalu masanya. Teruskanlah solat engkau.

“مجموع فتاوى الشيخ ابن عثيمين” (14/24)

Sumber: http://islamqa.info/ar/85206

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *