Tertipu Dengan Fatamorgana

fata-morgana

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40)
Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi apabila dia pergi ke arah air itu dia tidak menemui apa-apa pun. Dan dia mendapati [ketetapan] Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya (39)
Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; kegelapan di atas kegelapan, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, [dan] barangsiapa yang tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (40) [al-Nur 39 : 40]
Al-Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsir al-Quran al-Azhim:
 
Analogi 1: Tertipu Dengan Fatamorgana
Analogi pertama daripada dua analogi yang disebutkan menyatakan: Golongan kuffar merupakan pendakwah kepada kekufuran mereka. Mereka menyangka bahawa mereka benar di dalam amalan dan kepercayaan mereka. Hakikatnya mereka tidak berada di atas kebenaran sedikit pun. Mereka itu umpama fatamorgana yang dilihat di muka bumi dari jarak yang jauh, kelihatan umpama lautan…[1]
Apabila seseorang yang dahaga melihat fatamorgana, dia menyangka ada air di situ, lalu dia berniat untuk meminum air tersebut lalu dia berlari ke arah kawasan yang disangkanya terdapat air itu. Namun apabila dia tiba di kawasan itu, dia tidak menemui apa-apa pun. Begitulah orang kafir yang menyangka dia telah beramal dengan sesuatu amalan dan akan menerima ganjarannya. Apabila Allah melakukan perhitungan terhadapan amalannya pada hari kiamat, lalu dibincangkan segala amalannya, maka tidak ditemui pada dirinya amalan yang diterima walau sedikit pun. Boleh jadi disebabkan oleh ketiadaan ikhlas, dan boleh jadi kerana tidak mengikut jalan yang ditetapkan syara’. Ini sebagaimana firman Allah:
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا } [الفرقان: [23
Kami Membentangkan apa yang mereka telah lakukan, dan Kami jadikan ia debu yang berterbangan [al-Furqan : 23][2]
Analogi pertama di atas merujuk kepada golongan jahil yang degil dan menyangka mereka mengetahui.


Analogi 2: Kegelapan Yang Berlapis-Lapis
Adapun mereka yang jahil basith, mereka ini mengikut membuta tuli kepada pemimpin kuffar. Mereka ini pekak dan bisu yang tidak mahu berfikir. Allah mengumpamakan mereka dengan ‘kegelapan pada lautan yang dalam’.
Firman Allah {yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak [pula], di atasnya [lagi] awan; kegelapan di atas kegelapan, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya} bermaksud :
Pandangan matanya tidak dapat melihat walau pada jarak yang dekat kerana kegelapan yang teramat sangat.

Inilah perumpamaan untuk orang kafir yang jahil yang tidak mengetahui ke mana dia mahu pergi, bahkan dia tidak tahu pun ke arah mana mahu pergi orang yang dia ikuti. Seperti mana disebutkan berkaitan orang jahil ini, apabila ditanya: Ke mana engkau mahu pergi ? Dia menjawab: Aku mahu pergi bersama mereka. Bila ditanya lagi: Ke mana pula mereka mahu pergi ? Lalu dia berkata: Aku pun tidak tahu.[3]
Ubay bin Ka’ab berkata: Kegelapan di atas kegelapan bermaksud: Ia berkisar pada lima jenis kegelapan: Kata-katanya gelap, amalnya gelap, tempat masuk dan keluarnya gelap, dan destinasi akhiratnya menuju kegelapan iaitu neraka.[4]


Adakah Orang Kafir Mendapat Balasan Atas Amal Kebaikannya ?
Shaikh Muhammad al-Amin al-Shanqitee berkata dalam Adhwa’ al-Bayan :
Kami telah menyebutkan bahawa amalan orang kafir, jika ia sesuatu yang baik, maka dia akan mendapat balasan baik di dunia. Ini sebagaimana huraian kami kepada surah an-Nahl ayat 97.
Ayat-ayat dalam al-Quran menunjukkan bahawa orang kafir akan mendapat manfaat di dunia daripada amalannya, tetapi tidak akan mendapat manfaat di akhirat.
Ini sebagaimana firman Allah:  
Sesiapa yang mahukan hasil bercucuk tanam di akhirat, Kami menambah hasil cucuk tanamnya, sesiapa yang mahukan hasil bercucuk tanam di dunia, Kami akan berikan kepadanya, dan tiada bahagian untuknya di akhirat [al-Syura :20].
Firman Allah lagi:
Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. (15) Itulah orang-orang yang tidak memperolehi apa-apa di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan? (16)[5]


[1] فأما الأول من هذين المثلين: فهو للكفار الدعاة إلى كفرهم، الذين يحسبون أنهم على شيء من الأعمال والاعتقادات، وليسوا في نفس الأمر على شيء، فمثلهم في ذلك كالسراب الذي يرى في القيعان من الأرض عن (9) بعد كأنه بحر طام .
[2] فإذا رأى السراب من هو محتاج إلى الماء، حسبه ماءً فقصده ليشرب منه، فلما انتهى إليه { لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا } ، فكذلك الكافر يحسب أنه قد عمل عملا وأنه قد حَصَّل شيئًا، فإذا وافى الله يوم القيامة وحاسبه عليها، ونوقش على أفعاله، لم يجد له شيئًا بالكلية قد قُبل، إما لعدم الإخلاص، وإما لعدم سلوك الشرع، كما قال تعالى: { وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا } [الفرقان: 23] .
[3]فأما أصحاب الجهل البسيط، وهم الطَّماطم الأغشام المقلدون لأئمة الكفر، الصم البكم الذين لا يعقلون، فمثلهم كما قال تعالى: { أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ } : قال قتادة: وهو العميق. { يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا } أي: لم يقارب رؤيتها من شدة الظلام، فهذا مثل قلب الكافر الجاهل البسيط المقلد الذي لا يدري أين يذهب، ولا [هو] (4) يعرف حال من يقوده، بل كما يقال في المثل للجاهل: أين تذهب؟ قال: معهم. قيل: فإلى أين يذهبون؟ قال: لا أدري.
[4] وقال أُبيّ بن كعب في قوله: { ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ } فهو يتقلب في خمسة من الظلم: كلامه ظلمة، وعمله ظلمة، ومدخله ظلمة، ومخرجه ظلمة، ومصيره يوم القيامة إلى الظلمات، إلى النار.
[5] وَقَدْ قَدَّمْنَا أَنَّ عَمَلَ الْكَافِرِ إِذَا كَانَ عَلَى الْوَجْهِ الصَّحِيحِ أَنَّهُ يُجْزَى بِهِ فِي الدُّنْيَا ; كَمَا أَوْضَحْنَاهُ فِي سُورَةِ «النَّحْلِ» ، فِي الْكَلَامِ عَلَى قَوْلِهِ تَعَالَى : مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ الْآيَةَ [16 \ 97] .
وَقَدْ دَلَّتْ آيَاتٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَلَى انْتِفَاعِ الْكَافِرِ بِعَمَلِهِ فِي الدُّنْيَا ، دُونَ الْآخِرَةِ ; كَقَوْلِهِ تَعَالَى : مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ [42 \ 20] ، وَقَوْلِهِ تَعَالَى : مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ أُولَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [11 \ 15 – 16]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *