Tidak Sempat Solat Sunat Sebelum Subuh

solatsunatsubuh
[Jika Tidak Sempat Untuk Solat Qabliah Subuh]

فمن دخل المسجد، وصلى تحية المسجد، ثم قامت الجماعة دون أن يصلي راتبة الفجر، فليصلها بعد الفريضة، وهذا وقتها إن شاء الله تعالى،

Siapa yang masuk masjid dan bersolat Tahiyyatul Masjid, kemudian para jemaah bangun untuk menunaikan solat Subuh tanpa dia sempat solat Rawatib Subuh (2 rakaat sebelum Subuh), maka dia boleh menggantikannya selepas selesai solat fardhu itu. Dan ini adalah waktunya insyaAllah.

 

 لما رواه أحمد وأبو داود والترمذي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى قيس بن فهد وهو يصلي ركعتي الفجر بعد صلاة الصبح، فقال له:( ما هاتان الركعتان يا قيس؟ قال: قلت: يا رسول الله، لم أكن صليت ركعتي الفجر، فهما هاتان ، فأقره رسول الله صلى الله عليه وسلم)

Berdasarkan riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat Qais bin Fahd sedang solat sunat dua rakaat Fajar selepas menunaikan solat Subuh. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya (Qais):

“Apakah dia dua rakaat yang kau lakukan ini wahai Qais?

Maka Qais berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak bersolat sunat 2 rakaat sebelum Subuh. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memperakui perbuatan Qais.

لكن الأولى أن تترك حتى تطلع الشمس فتصلى بعد الشروق حتى ترتفع الشمس قيد رمح لقوله صلى الله عليه وسلم (من لم يصل ركعتي الفجر، فليصلهما بعد ما تطلع الشمس ) رواه الترمذي وصححه الألباني.

والله أعلم.

Tetapi lebih baik untuk meninggalkannya sehingga matahari terbit setinggi galah berdasarkan kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesiapa yang tidak solat sunat dua rakaat Fajar/sebelum Subuh, maka lakukanlah ia selepas matahari terbit. Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani.

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=26427

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم ( نام عن ركعتي الفجر فقضاهما بعد ما طلعت الشمس ) .. رواه ابن ماجه وصححه الألباني..

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tidur (tidur/bangun lambat)  hingga terlepas solat sunat Fajar/sebelum Subuh tersebut, maka baginda menggantikannya selepas matahari terbit. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, disahihkan oleh al-Albani.

 

قال الشيخ ابن باز رحمه الله :-

“: إذا لم يتيسر للمسلم أداء سنة الفجر قبل الصلاة ، فإنه يخير بين أدائها بعد الصلاة أو تأجيلها إلى ما بعد ارتفاع الشمس ، لأن السنة قد ثبتت عن النبي صلى الله عليه وسلم بالأمرين جميعا ، لكن تأجيلها أفضل إلى ما بعد ارتفاع الشمس لأمر النبي صلى الله عليه وسلم بذلك ، أما فعلها بعد الصلاة فقد ثبت من تقريره عليه الصلاة والسلام ما يدل على ذلك” مجموع الفتاوى 11/373

 

Syeikh Bin Baz rahimahullah berkata:

Sekiranya tidak mudah bagi seseorang untuk melakukan solat sunat Fajar sebelum solat fardhu Subuh, maka dia boleh memilih samada ingin menunaikannya selepas selesai solat Subuh atau ingin menangguhkannya sehingga matahari terbit, kerana telah tsabit sunnah daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kedua-dua keadaan. Tetapi menangguhkannya hingga terbit matahari adalah lebih baik berdasarkan perintah Nabi yang mengarahkan sedemikian.

Manakala perbuatan untuk menunaikannya sebaik sahaja selepas solat Subuh, ianya tsabit berdasarkan perakuan yang diberikan oleh baginda sallallahu ‘alaihi wasallam.

Majmu’ al-Fatawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *