Tips Khusyuk Dalam Solat

solat14

Khusyuk Dalam Solat[1]

Cara-cara mendapatkan khusyuk:

Ingat mati ketika dalam solat

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اذكر الموتَ في صلاتِك ، فإنَّ الرجلَ إذا ذكر الموتَ في صلاتِه لحريٌّ أن يُحسنَ صلاتَه ، و صلِّ صلاةَ رجلٍ لا يظنُّ أنَّه يُصلِّي صلاةً غيرَها ، و إيَّاك و كلُّ أمرٍ يُعتذَرُ منه

Ingatlah kematian ketika di dalam solat engkau. Sesungguhnya apabila seseorang mengingati mati di dalam solatnya, dia akan memperbaiki solatnya. Solatlah seperti solat seseorang yang merasakan dia tidak akan solat lagi selain solat itu. Berhati-hati lah daripada setiap urusan yang akan disesali kerana melakukannya.  [Sahih al-Jami’ : 849, hasan]

Memahami dan menghayati maksud bacaan al-Quran dan zikir dalam solat

Firman Allah:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29(

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. [Shad : 29]

Akan tetapi penghayatan hanya dapat dilakukan jika kita memahami maksud ayat-ayat yang dibaca.  Al-Imam Ibn Jarir ath-Thabari berkata:

إِنّي لأعجبُ مَمنْ قرأ القرآن ولم يعلَم تأويلَه، كيف يلتذُّ بقراءته؟

Sesungguhnya aku berasa pelik tentang orang yang membaca al-Quran tetapi tidak memahami tafsirnya. Bagaimana dia dapat merasai kelazatan bacaannya?[2]

 Membaca dengan tartil dan berhenti pada setiap ayat

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا سُئِلَتْ عَنْ قِرَاءَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : كَانَ : يُقَطِّعُ قِرَاءَتَهُ آيَةً آيَةً بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ سورة الفاتحة آية 1 , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ سورة الفاتحة آية 2 ، الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ سورة الفاتحة آية 1 ، مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ سورة الفاتحة آية 4

Ummu Salamah radiallahu ‘anhu ditanya tentang bacaan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjawab: Baginda memberhentikan bacaannya ayat demi ayat…. [Musnad Ahmad, Musnad an-Nisa’, hadis no: 25983]

Hafsa radiallahu ‘anha berkata:

وَكَانَ يَقْرَأُ بِالسُّورَةِ فَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ أَطْوَلَ مِنْهَا ‏.‏

Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam membaca surah lalu mentartilkannya sehingga ia menjadi lebih panjang daripada yang lebih panjang daripadanya. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 733]

Mempelbagaikan jenis bacaan surah dan zikir dalam solat

Seperti diketahui terdapat banyak bacaan-bacaan zikir dalam solat yang ada dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Maka sewajarnya cuba dihafaz sebanyak mungkin agar kita dapat membaca bacaan berbeza dalam setiap solat.

Ini kerana ia menyebabkan kita lebih fokus, berbanding bacaan yang sudah biasa, yang dapat dibaca walau dalam keadaan lalai.

Membaca Ta’awuz dan meludah ke kiri

عَنْ أَبِي، الْعَلاَءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَىَّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزِبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي ‏.‏

Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Itulah syaitan yang yang dipanggil Khinzib. Apabila engkau merasai gangguannya, mohonlah perlindungan daripada Allah, dan meludahlah ke sebelah kiri mu tiga kali. Uthman berkata: Aku melakukan hal itu, lalu Allah menghindarkan syaitan daripada ku. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 2203]

Mengetahui fadhilat khusyuk

Uthman radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنِ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلاَةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلاَّ كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنَ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ

Tidaklah seorang Muslim, apabila masuknya waktu solat fardhu, lalu dia membaguskan wudhunya, khusyu’nya dan ruku’nya melainkan ia akan menjadi penghapus dosa-dosanya sebelum itu selagi mana dia tidak melakukan dosa besar. Ini berlaku sepanjang masa. [Sahih Muslim, Kitab at-Taharah, hadis no: 228]

Solat di tempat yang tiada gangguan

عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ كَانَ قِرَاَمٌ لِعَائِشَةَ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا، فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ أَمِيطِي عَنِّي، فَإِنَّهُ لاَ تَزَالُ تَصَاوِيرُهُ تَعْرِضُ لِي فِي صَلاَتِي

Anas radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya ‘Aisyah mempunyai kain langsir yang digunakan untuk menutupi dinding rumahnya. Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pindahkan ia daripada pandangan ku. Sesungguhnya gambar pada langsir itu sering menggangu solat ku. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, hadis no: 5959]

Tidak solat dalam keadaan makanan sudah terhidang dan berkeinginan untuk makan

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ الْمَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila makan malam telah dihidangkan, mulakan dengan memakannya sebelum mendirikan solat Maghrib. Jangan tergesa-gesa menghabiskan makan malam kalian. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 672]

Tidak menahan daripada membuang air kecil atau besar

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ نَهَى أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ وَهُوَ حَاقِنٌ

Abu Umamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang daripada solat dalam keadaan menahan buang air. [Sunan Ibn Majah, Kitab at-Taharah wa Sunaniha, hadis no: 617]

Abdullah bin al-Arqam radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَوَجَدَ أَحَدُكُمُ الْخَلاَءَ فَلْيَبْدَأْ بِالْخَلاَءِ

Apabila solat ingin didirikan, dan salah seorang kalian terasa mahu membuang air, hendaklah dia membuang air terlebih dahulu. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 142, hasan sahih]

Tidak solat dalam keadaan mengantuk

Kecuali jika ditakuti tamat waktu.

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لاَ يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبَّ نَفْسَهُ

‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian mengantuk, dan dia mendirikan solat. Hendaklah dia tidur sehingga hilang mengantuknya itu. Sesungguhnya apabila seseorang solat dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu sama ada dia memohon keampunan atau kecelakaan atas dirinya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 212]



[1] Shaikh Soleh al-Munajid, 33 Asbab al-Khusyu’ Fi as-Solat,

[2] Jami’ al-Bayan, Muqaddimah Mahmud Syakir, jilid 1, m/s 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *